Tuesday 29 December 2015

Kolej Komuniti Hulu Selangor MTB Jamboree kini kembali lagi!!!



Makluman penting..

PENGAMBILAN GOODIE BAG :

Kaunter untuk pengambilan goodie bag akan dibuka pada 

Tarikh    : 28 Mei 2016
Masa       : 9.00 pagi - 9 malam
Tempat : Blok B, Kolej Komuniti Hulu Selangor

Tarikh    : 29 Mei 2016
Masa       : 6.15 pagi - 7.30 pagi
Tempat : Blok B, Kolej Komuniti Hulu Selangor
FINISHER MEDAL








Terdapat anugerah baru yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu :

a) Anugerah Penyertaan Paling Ramai
b) Anugerah Semangat Berpasukan - anugerah ini diberikan kepada pasukan yang telah menyertai KKHS MTB Jamboree dari 2014 - 2016
c) Anugerah Khas Individu - anugerah ini diberikan kepada individu yang menyertai KKHS MTB Jamboree dari 2014 - 2016



JERSEY




Berdasarkan pengalaman penganjuran acara seumpama ini, sekali lagi Kolej Komuniti Hulu Selangor akan menganjurkan KKHS Mountain Bike (MTB) Jamboree 2016  yang pasti akan menjanjikan kepuasan dari segi trek laluan dan pengurusan teknikal. Trek melebihi 30 km yang akan diperkenalkan ini merupakan trek baharu yang belum diterokai oleh mana-mana penganjur acara sebegini. Peminat acara berbasikal lasak pasti akan berpuas hati dengan cabaran yang bakal mereka hadapi nanti.


Program ini akan dimulai dengan pendaftaran peserta sehari sebelum hari pertandingan.  Peserta akan berkumpul di garisan permulaan seawal jam 6.00 pagi sebelum pertandingan dimulakan pada jam 8.00 pagi.  Peserta akan menempuh perjalanan sejauh 30 - 40 km melalui jalan "off road" dan "on the road" dan berakhir di perkarangan Kolej Komuniti Hulu Selangor.


Jutaan terima kasih kepada peserta yang telah menyertai dan menyokong KKHS MTB Jamboree 2015 pada 12 April 2015 dan diharapkan program KKHS MTB Jamboree 2016 akan mendapat lebih sambutan daripada anda semua.

Jumpa anda  di Kolej Komuniti Hulu Selangor!!....




No comments:

Post a Comment